Saturday, January 28, 2017

Cerpen : Istiqamah. (EP 1)


*lambai tangan* 


Background picture : Dzulkeflee Khairuddin Photography

Nina-chan di sini! Cerpen? Ya, cerpen. Cerpen baharu? Ya, cerpen baharu. Dan ya, Nina pun sangat teruja untuk menulis cerpen baharu ini. Cerpen berasal daripada perkataan cerita pendek. 

Cerita + Pendek = CerPen

Ini adalah hasil tulisan Nina sendiri. Jadi, Nina merayu, janganlah jadikan cerita ini sebagai projek sekolah atau apa sahaja bahan pembelajaran di sekolah. Nina minat menulis, tapi bukan bermakna Nina handal sehinggakan cerita ini boleh dikongsikan di serata dunia. Tidak...

Nina ingin abadikan cerita ini di dalam blog Nina sendiri. Jadi, selamat membaca! Moga dapat mengambil ibrah disebalik cerita yang Nina tuliskan ini, Insya-Allah...


ISTIQAMAH. (EP 1)


"Susahnya."

          Perkataan pertama yang terpancar keluar dari dua bibir insan yang sedang mencuba. Sedang mencuba sedaya-upaya. Mungkin belum lagi sepenuhnya. Tetapi sedang mencuba.

          Pagi Jumaat. Terasa kesejukan atmosfera yang dihiasi embun pagi yang berkelipan. Dikatakan hari Jumaat adalah hari yang penuh barakah, penghulu segala hari. Sementara insan ini, Hana Humairah binti Abdul Basir sedang berkalut untuk bersembahyang Subuh kerana waktu Syuruk semakin mendekati. Wudhu' diambil begitu sahaja lalu aku terus berlari mengambil telekung yang tergantung di tepi katil.

"Ya Allah, langit semakin membiru!"

          Tanpa mempedulikan situasi, aku terus mengangkat takbir memulakan solat Subuh yang tergendala semenjak tadi. Setelah 5 minit berlalu, aku memberi salam ke arah kanan seterusnya kiri dan meraup wajah. Istighfar disebut beberapa kali tidak lupa juga selawat dan salam junjungan Nabi Muhammad SAW. Kedua tangan diangkat lalu lafaz doa dibunyikan.


"Ya Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Aku..."

Mengapa aku... Mengapa aku berhenti? Mengapa aku terasa seperti jantungku ingin meletus dek permintaanku yang satu ini?

"Aku ingin ISTIQAMAH!"

Setitis air mata terasa sejuk mengalir di pipi. Permintaan itu seolah-olah berat untuk dikatakan, apa lagi dilakukan. Tubuh terasa lemah longlai, seperti sendi-sendi tidak lagi berfungsi. Seperti tulang-tulang tidak lagi bercantum. Ya Allah, aku ingin istiqamah. Tetapi...

"Tetapi susah, Ya Allah. Aku terasa berat ingin beristiqamah. Ya Allah, permudahkanlah. Aku ingin menjejakkan kaki ke SyurgaMu. Aku ingin keredhaanMu, Ya Allah..."


Sejurus itu, aku meraup wajah. Telekungku dibasahi sedikit dengan titisan air mataku. Aku merenung ke arah sejadahku. Sampai bila aku harus tergelumang di dalam lumuran maksiat ini? Sampai bila aku perlu meletakkan harapan palsu bahawa aku perlu beristiqamah, tetapi tidak melakukan apa-apa tentangnya? Sampai bila?

Aku meletakkan tanganku di atas dadaku. Sambil menutup mata, aku menghayati bunyi degupan jantungku. Betapa hebatnya Allah yang boleh mengawal berjuta degupan jantung di dunia ini. Aku terkenang kesilapan lalu. Betapa aku mencuba untuk mengekalkan niat aku untuk istiqamah, tetapi akhirnya aku ditewaskan dek pujukan syaitan dan nafsu yang bertalu-talu menyerang aku. Bagaimana?

Bagaimana?

Bagaimana aku boleh mengekalkan niat aku? Bagaimanakah hendak beristiqamah? Jujur, aku tidak tahan dengan kehidupan yang dilumuri dosa. Kehidupan yang palsu, kehidupan yang kosong seperti tiada tujuan. Aku buntu. Apa lagi yang harus aku lakukan?

Buzzz...

Buzzz...

Buzzz...

Telefonku bergetar sambil menghasilkan cahaya. Aku melipat sejadah dan juga telekungku lalu meletakkannya di dalam almari dengan berhati-hati. Aku mencapai telefon bimbitku lalu duduk di atas katil.

Buzzz...

Buzzz...

"Meera, Meera. Selalu text aku satu-satu. Kenapa tak terus type dalam satu perenggan?" 

Aku tersenyum. Sahabatku, Nur Ameerah binti Muhd Ammar menyapa aku menerusi pesanan ringkas di dalam telefon bimbit. Dialah sahabat seperjuangan aku, yang sanggup menemani aku sewaktu di dalam kesusahan mahupun kesenangan. Dialah yang sanggup mendengar segala leteran dan bebelan yang keluar dari sepasang bibir ini. Dialah yang selalu berada di samping aku semenjak aku kecil.

"Wei."

"Assalamualaikum."

"Kau tak pergi usrah ke?"

"Wei jawab la."

"Tak bangun Subuh ekkk?"


"Waalaikumussalam. Kalau ye pon, kenapa kau text aku satu2? Asik bunyi je fon aku daripada tadi. Ye, aku pergi dan aku dah bangun dah ni. Kau pergi tak?"


"Dah aku tanya ni, aku pergi la."

"Jom gi sama2 nak?"


"Ye, kul berapa?"


"Kul 8 pagi nanti aku roger."


"Okay, aku nak mandi. Assalamualaikum."


"Ok, waalaikumussalam. Patutlah dari jauh aku boleh bau busuk. XD"


"Ada-ada je kau ni." 
    
Aku meletakkan telefon bimbit di atas katil lalu mengambil tuala yang tergantung di atas penyangkut tuala. Lalu, aku memasuki tandas untuk membersihkan tubuhku. Setelah 15 minit berdansa di dalam bilik air, aku pun keluar dari bilik air dan menyikat rambutku.

"Hana... Mari turun makan."

Kedengaran suara lembut ibu memanggil namaku dari bawah tangga. Bibirku sudah menguntumkan senyuman yang sangat lebar dek perasaan teruja yang menyapa kerana perut yang teramat lapar meronta-ronta ingin diisi. Aku terus berlari turun ke bawah untuk melihat juadah yang disediakan.

"Nasi lemak? Mama ni baik sungguh la..."

Aku melihat ibuku mengukirkan senyuman manis. Aku membalas senyumannya kembali. Sebuah pinggan yang terletak di penjuru meja dicapai oleh tangan ini. Sejurus itu, aku mencedok nasi yang berada dalam sabuah mangkuk yang besar. Aroma nasi lemak tersebut menusuk hidung hingga perut yang kosong ini mengeluarkan bunyi yang berbagai ragamnya.

Tanpa melengahkan masa, aku mengangkat tangan untuk mendoakan keberkatan rezeki yang telah Allah kurniakan. Aku pun menggali nasi lemak yang berada di hadapanku. Sesuap nasi lemak tersebut adalah sebuah kebahagiaan yang sangat indah, tidak mungkin boleh diluahkan menggunakan perkataan. Mungkin aku akan menangis, tetapi nasi lemak ini terlalu sedap untuk ditangisi.

Setelah menikmati nasi lemak buatan mama, aku pun membasuh tangan dan mencapai secawan teh yang suam. Melihat jam yang terdetik pada pukul 7.50 pagi, aku terfikirkan Ameera. Sebenarnya, aku tidak mahu untuk pergi usrah. Ameera yang mendesak aku berpuluh-puluh kali membuatkan aku geram dan berkata...

"Ya, aku ikut. Boleh berhenti merengek tak? Macam baby lah!"

Ameera tersenyum sahaja apabila mendengar dengusan kemarahan yang telah aku hasilkan. Itulah Ameera. Orangnya tenang dan pemaaf. Beberapa kali aku membuat salah, beberapa kali itulah dia memaafkan. Ameera juga seorang yang sering membuat aku ketawa. Di mana sahaja dia berada, pasti ada lagak yang dilakukannya.

Buzzz...

Buzzz...

Telefon bimbit aku berbunyi lagi. Pasti Ameera, aku sudah mengagak. Ya, benarlah Ameera yang menghantar pesanan ringkas itu.

"Wei."

"Aku kat depan rumah kau."

Aku bergegas mengambil beg galas yang diisi dengan sebuah buku catatan dan kotak pensel. Tidak lupa juga sepasang telekung untuk bersembahyang di Surau Al-Falah. Aku mencium tangan ibuku sebelum keluar dan menyatakan bahawa aku akan menghubunginya apabila aku pulang nanti.

Surau Al-Falah berada berdekatan dengan rumahku. Kira-kira 15 minit berjalan kaki ke surau, aku boleh menjimatkan penggunaan minyak keretaku juga membakar kalori yang telah dipungut sewaktu menjamah nasi lemak tadi. Ameera kelihatan sopan memakai tudung labuh berwarna biru langit. 

Aku dan Ameera terpisah sewaktu sekolah menengah kerana aku belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi sedangkan dia meneruskan pembelajarannya di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). Jadi, cara pemakaianku mungkin berbeza dengannya kerana dia dididik sebegitu di sekolah menengahnya. Sementara aku... Lupakanlah. Pernah terdetik di hatiku bahawa aku ingin menjadi sepertinya. Insya-Allah, suatu hari nanti.

"Ameera."

"Ya?"

"Aku nak jadi macam kau lah."

"Haha, lawak lah kau ni. Buat apa nak jadi macam aku?"

"Ye lah... Kau kan sopan, baik.. Aku nak jadi macam kau jugak."

"Ye lah, Hana. Kau kadang-kadang kena letak cermin kat serata rumah kau. Baru kau tahu kau ni memang dah baik dan sopan."

Ameera mengukirkan senyuman di bibir.

"Aku tertanya-tanya, macam mana kau boleh istiqamah pakai tudung labuh? Setakat ni, kalau aku pakai tudung labuh sikit je, semua orang dah bash. Adoi, aku nak jugak masuk Syurga!"

"Oh, itu? Nanti aku bagitahu kau lepas usrah."

Ameera mengenyitkan mata, lalu memandang kiri dan kanan untuk melintas jalan. Setelah Ameera berada di bahu jalan, aku juga melakukan perkara yang sama. Tiba-tiba...

BEEEEEEEPPPPP!

Mataku terbeliak. Melihat lori besar yang melanggar beberapa kereta di hadapanku. Lalu aku terjatuh ke tanah. Mataku kabur, semakin gelap pandanganku.

"Hana!"

"Astaghfirullah! Tolong! To-"

Aku tidak mendengar apa-apa. Yang aku dapat lihat adalah warna hitam yang semakin kelam.



Nina-chan perlu pergi. Jumpa lagi dan Assalamualaikum!








1 comment:

  1. Rindulah TheCaptain <3 Cerpen ni sangat bagus, moga teruskan menulis! <3

    ReplyDelete

my new domain.

  and salam <3 hello peeps! i have a special announcement to make, but before that, oh how i miss editing this blog. after 8 years (?) if...