Sunday, November 13, 2016

SML : Zaman Jahiliah Aku.



*lambai tangan* 

Nina-chan di sini! Wahhh, sudah lama Nina tidak menulis entry menggunakan bahasa ibunda yang tercinta, Bahasa Melayu. Memang agak kekok apabila mula-mula menaip menggunakan bahasa kebangsaan ini, tetapi Nina amat bersyukur Nina masih boleh berkalam menggunakan bahasa ini. Hari ini, sesuai dengan lagu di latar blog, Nina hendak kongsi "Zaman Jahiliah" yang telah Nina lalui. Memang agak serius, tetapi Nina tidak mahu rakan-rakan di dini terjatuh di dalam gelombang maksiat, seperti Nina. Baiklah, mari kita terjah bersama!
NOTA :  Nina menggunakan kata ganti nama "aku" dan "kamu" di dalam entry ini. Maaf jikalau mengguris hati para pembaca. Harap maklum~


ZAMAN JAHILIAH AKU.

Aku masih ingat lagi, perasaan yang membuak di dalam hatiku. Perasaan yang tidak biasa, seperti pisau yang menikam tajam. Tetapi kali ini, seperti bukan ditikam oleh pisau biasa, tetapi pisau yang dilumuri racun dan dusta.

Assalamualaikum. Nama yang diberi adalah Nina. Berusia.. Urm, sepertinya kamu tidak perlu mengetahui info sulit ini. Tetapi apa yang pasti adalah, aku pernah lalui "Zaman Jahiliah" yang aku rasakan begitu fatal dan teruk. Walau dari segi zahir, aku kelihatan seperti seorang muslimah yang biasa. Bahkan, aku menutupi identiti jijik dan hina ini dengan tudung labuh, sarung tangan dan stoking yang menggambarkan identiti diri orang lain.

Nampaknya, idea aku untuk menjadi seorang "hipokrit" berkesan.

Ramai orang, bahkan orang yang selalu meluangkan masa bersama aku mengatakan aku ini adalah seorang yang...

BAIK.

PERAMAH.

BERIMAN.

Walhal, sebenarnya ini adalah DUSTA. FITNAH semata. Aku tidak bukan hanyalah seorang hamba Allah yang berdosa. Lebih-lebih lagi, dengan ilmu yang banyak ini, aku terus melakukan maksiat dengan seronok dan bahagia walaupun aku tahu ini semua salah. Aku pendosa, wahai teman. Aku adalah seorang hamba yang lemah dan hina.

-------------

Wahai teman,

Aku pernah BERDUA-DUAAN. Aku pernah menyayangi seseorang yang tidak halal bagiku, sedangkan aku tahu bahawasanya perkara tersebut melanggar syarak dan perintah Allah. Aku tahu, wahai teman. Aku tahu. Tetapi, aku masih melakukannya jua.

Aku pernah BERDUSTA. Aku pernah menyebarkan kata-kata nista. Lebih parah, "kawan" yang berada di sekelilingku hanya mengangguk mengiyakan sahaja. Hanya kerana "status" aku yang tinggi dan harus dihormati, mereka membiarkan aku tergelumang di dalam lumuran maksiat dan dosa yang busuk dan kotor ini.

Aku pernah MENYEBARKAN FITNAH. Aku takut akan kemaharan manusia, walhal sepatutnya aku perlu takut akan KEMURKAAN ALLAH yang akan memberikan aku tiket percuma ke neraka. Aku takut aku dihukum manusia sedangkan hukuman di akhirat sana akan menjadi lebih parah, kerana dunia sana adalah selama-lamanya.

Aku pernah melihat VIDEO LUCAH. Ya, pernah. Sangat pernah. Mungkin beratus kali. Mungkin kamu sedang menutup mulutmu yang terlopong luas. Teman, jikalau kamu ingin beredar dan tidak menjadi kawanku, aku faham. Aku memang seorang yang dilumuri maksiat dan dosa. Aku pernah melakukan semua perkara jijik ini.

Aku pernah.

Aku pernah.

Ya, aku pernah.

Jikalau kamu melihat aku dari segi batin, pasti kamu akan menangis. Menangis melihat aku penuh dengan darah dan luka kesan daripada perbuatanku yang menzalimi diri sendiri. Pasti kamu akan memandangku dengan penuh hina, seolah aku ini sampah. Aku pasti, kerana aku memang seorang yang kotor dan busuk.

Cukuplah empat perbuatan hodoh dan buruk ini menggambarkan diri aku yang sebenarnya. Sebenarnya, ada lagi perbuatan yang aku lakukan lebih parah lagi daripada perbuatan empat ini. Tetapi, cukuplah. Aku tidak tahan menangisi perbuatanku yang sememangnya tidak wajar. Alhamdulillah, walau aku membuat 1001 dosa yang pastinya menarik aku ke dalam neraka, Allah memberikan aku 1001 peluang untuk hidup dan memperbetulkan kesilapan yang telah aku lakukan. Walaupun aku masih memperlekehkan peluang yang diberi Allah, Dia tetap memberikan aku peluang, demi peluang...

Janganlah melangkahkan kakimu di dalam perbuatan kotor ini. Percayalah, walau sesusah mana ujian yang Allah beri, bersabarlah. Kerana sesungguhnya, syurga sedang menunggumu di ukhrawi nanti. Bersabarlah, kerana Allah bersama-sama orang yang sabar. Walau susah, walau payah.
Yakinlah...

SYURGA AKAN MENJADI MLIKMU.


Maka, mulai hari ini aku akan jadikan peristiwa pada "Zaman Jahiliah" aku bernilai dan berharga. Agar aku tidak mengulangi perbuatan-perbuatan jijik ini lagi. Doakan aku wahai teman. Moga Allah permudahkan segala urusanu di dunia dan di akhirat. Aku mohon, janganlah mengikuti jejak langkahku. Jadilah seorang hambaNya yang paling baik, agar kamu bersa tenang di duniawi dan di ukhrawi.


Moga Allah meredhaimu.


Itu sahaja daripada Nina. Semoga anda menjadi mujahid dan mujahidah yang paling baik di kalangan manusia akhir zaman, Insya-Allah. Jika Allah berikan kesempatan, Nina akan menulis entry lagi pada hari esok, Insya-Allah.

Nina-chan perlu tidur. Jumpa lagi dan Assalamualaikum!






4 comments:

  1. Insyirah Ahmad ZamriDecember 21, 2016 at 8:34 AM

    Assalamualaikum Amanina,
    Sebenarnya saja je akak baca blog Nina ni, tapi setiap kali baca rasa macam nak baca lagi. ��
    Apa-apa pun, Nina kena ingat, segala perancangan Allah ada hikmahnya. As we know, Allah is the best planner.
    Setelah merasai pahitnya jahiliahmu, berubahlah ke jalan yang lebih baik. Tak kisah lah, berubah dari sudut apa sekalipun, sama ada akhlak dahulu, atau cara pemakaian kita dahulu.
    Ada sebab Allah beri Nina rasa pahitnya jahiliah, mungkin agar Nina dapat rasa betapa manisnya hijrah.
    Semoga Allah sentiasa merahmatimu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, Kak Insyirah.
      Insya-Allah, Nina upload banyak lagilah kalau Kak Insyirah nak baca lagi... Ehehe

      Terima kasih, Kak Insyirah. Moga kita semua dibukakan jalan untuk ke SyurgaNya yang luas dan indah nanti. Moga Allah meredhaimu juga. :)

      Delete
  2. Assalammualaikum amanina abg dh trus insaf baca penulisan kamu, Allah turunkan kamu ke bumi ini untuk bimbing kami termasukla aku yg berdosa ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Kita semua diturunkan ke muka Bumi untuk menasihati sesama kita. Allah itu Maha Bijaksana, maka kita perlu mempercayai segala apa yang dirancang olehNya.

      Moga kita semua berubah menjadi khalifah yang Allah redhai. :)

      Delete

my new domain.

  and salam <3 hello peeps! i have a special announcement to make, but before that, oh how i miss editing this blog. after 8 years (?) if...