*lambai tangan*
DISCLAIMER : Nina didn't publish any entry yesterday because many events happened last night. This entry will be considered as a "Friday Entry". Thank you for noticing this note.
Nina-chan sini! Hari ini Nina nak tulis entry dalam Bahasa Melayu. Nina kan salah seorang rakyat Malaysia... "Bahasa Jiwa Bangsa" kan? InshaAllah, esok Nina akan sambung tulis entry dalam Bahasa Inggeris. Buat masa ini, Nina nak bagi korang sedikit semangat. Semangat patriotik? Semangat kesukanan? Semangat kekitaan? Mungkin. Hari ini Nina nak bagi semangat kerohanian sikit kat korang. Harap korang boleh duduk dengan selesa di hadapan gajet elektronik korang dan baca serta menghayati apa yang Nina tuliskan. Sila tekan tajuk di bawah dan dengarlah alunan lagu tersebut sewaktu membaca. Selamat berinspirasi!
Ya, betul. Hidup kita umpama roda. Sekejap kita berada di atas. Sekejap kita berada di bawah. Tapi, sedarlah bahawa di mana kedudukan di roda pun kita berada, roda tersebut akan bawa kita ke destinasi yang ditujui. Kala kita berada di atas, kala kita berada di bawah... pasti ada ujian yang menyapa. Membuat kan kita tersentak, dunia ini tidak kekal semata.
Kadang kala, kita bertanya...
"Allah, adakah hidup ini dibenciMu?"
Di saat kita berada di bawah roda, kita akan terkena paku, sampah-sarap, batu dan makhluk lain yang akan menyakiti diri kita. Mungkin kelaparan, kesakitan atau keperitan yang kita alami. Mungkin kita merasa dunia ini tidak adil. Mungkin kita merasakan bahawa kita ini tidak layak untuk hidup di dunia yang diciptakan Ilahi. Tapi...
Sedarkah kita? Di saat kita bergembira, berbahagia, bergelak ketawa, bergurau senda... Allah di mana dalam hati kita? Allah di mana, wahai teman? Saat gembira, kita mudah lalai, terlupa dan leka akan nikmat dunia. Saat sedih, mudah sekali kita mengingatiNya, mudah sekali kita merapatkan tangan dan berdoa. Mengadu kepadanya...
Teman, ingatlah... "SubhanAllah", "Alhamdulillah", "Allahu Akbar" dan "La ilaha illallah". Ingatlah kalimah-kalimah ini. InshaAllah, dirimu tidak akan sesat di dalam penipuan dunia yang fana ini. Bukan Allah mengujimu untuk kepuasanNya, bukan... Allah mengujimu kerana dia sayang akan hambaNya. Mengapa ada yang miskin dan ada yang kaya? Mengapa ada yang boleh menyanyi dan ada yang tidak? Mengapa ada yang Muslim dan ada yang Kristian dan Yahudi? Mengapa setiap manusia diciptakan dalam keadaan yang berlainan? Menyapa? Ya, mengapa.
"Azwaaj". Bukan sekadar pasangan suami isteri. "Azwaaj" bermaksud pasangan atau golongan. Kita diciptakan dari berbagai golongan. Kalau Nina cakap, "Allah ini memang sempurna". Mengapa? Ya, mengapa.
"Allah menciptakan makhlukNya dalam berbagai golongan yang bergantung antara satu sama lain."
Mengapa Allah tidak ciptakan semua kaya? Mengapa Allah tidak ciptakan semua orang hidup gembira? Mengapa? Baiklah, bayangkan suatu situasi, di mana seorang mak cik sedang menjual kuih-muihnya di tepi jalan. Anaknya sedang bermain di taman permainan yang terletak tidak jauh daripada tempat jualan mak cik tersebut. Tiba-tiba, muncul sebuah kereta yang mewah. Kereta yang diimport dari luar negara yang berwarna serba putih, menuju ke arah tempat jualan mak cik tersebut. Sebaik sahaja kereta tersebut diparkir berhampiran mak cik itu, seorang lelaki yang memakai kaca mata keluar dari kereta bersama dompet yang berisi duit. Lelaki itu berjalan menuju ke arah mak cik itu dan memintakan mak cik tersebut untuk membungkus beberapa kuih karipap untuk dibelinya.
Bayangkan... Jikalau Allah menciptakan semua manusia kaya, mempunyai duit yang lebih daripada mencukupi.. Adakah insan yang sanggup menjual kuih-muih di tepi jalan untuk menyara kehidupannya? Adakah insan yang sanggup menjadi seorang doktor, jurutera, jururawat, atau pekerjaan lain semata-mata untuk menampung kehidupannya? Yang paling penting, adakah terdapat insan yang sanggup menjadi seorang guru?
Seorang juruterbang, misalnya. Walaupun kerjanya hanya duduk mengawal kapal terbang, gajinya amatlah besar. Berpuluh ribu setiap bulan, hanya dengan mengawal kapal terbang. Mengapa? Mari renungkan, jikalau cuaca yang kurang baik melanda sewaktu mengawal kapal terbang itu sendiri, adakah kamu terkejut dan panik? Mungkin. Tetapi, dia sebagai juruterbang harus menjadi seorang yang paling tenang dikalangan mereka yang berada di dalam kapal terbang tersebut.
"Assalamualaikum, tuan-tuan dan puan-puan. Hari ini cuaca kurang baik, jadi saya berharap agar anda tetap bertenang dan sentiasa memakai tali pinggang keledar. Kerjasama anda amatlah dihargai."
Cuba bayangkan, jikalau Nina yang mengawal kapal terbang....
"Assalamualaikum, tuan-tuan dan puan-puan. Mari kita mengucapkan dua kalimah syahadah sebelum apa-apa yang tidak diingini berlaku..."
Semua yang berada di dalam kapal terbang mesti akan panik. Itulah sebab Allah menciptakan hambaNya dalam berbagai golongan. Haiwan perlukan pertolongan manusia dan manusia memerlukan pertolongan haiwan. Tumbuhan memerlukan manusia dan manusia memerlukan tumbuhan. Setinggi mana pun pangkat seorang manusia, pasti bergantung kepada serendah-rendah pangkat manusia. Setiap makhluk bergantung kepada makhluk yang lain. Kita memerlukan tangan untuk menulis, kaki untuk berjalan, mata untuk melihat dan lain-lain.
"Sebab ini lah, Allah sempurna. Allah tidak bergantung kepada apa-apa."
Maka, janganlah buruk sangka kepada Allah. Jangan pernah putus asa dengan Allah. Jikalau ditimpa ujian bertalu-talu, mungkin Allah nak mengajar kita... Apakah itu SABAR? Mengapa sabar diperlukan di dalam hidup kita? Ataupun mungkin Allah nak mendengar luahan hati kita. Aduan kita terhadapNya. Mungkin Allah nak kita sedar, kita akan mati juga akhirnya.... Berjumpa denganNya di alam akhirat.
Maka, sebutlah empat kalimah tadi. Bila-bila kamu merasa sedih atau bahagia. Sebutkan sebagai tanda syukur bahawa kamu masih mempunyai Allah di dalam hati. Kamu masih hidup di bumi Allah, diberi peluang untuk mengumpul pahala sebagai bekalan di akhirat nanti. Bersyukurlah... kamu masih ada Allah di sisi. Kamu tidak dibenci Allah, teman... Tidak pernah..
Menangis boleh... Tapi setelah kamu menangis, bangkitlah kembali. Allah kan ada.
Harap entry ini sedikit-sebanyak dapat membantu mereka yang dilanda masalah. InshaAllah, kamu akan bangkit kembali dan perjuangkan gama Islam ini! Sama-sama, InshaAllah...
Nina-chan harus pergi. Jumpa lagi dan Assalamualaikum!
Nice entry😍 I love it!
ReplyDeleteThank you for visiting~
Delete